25 MEI 2017
Assalamualaikum
>
Waalaikumusalam
Coretan pertama aku :)
Hidup, satu perkataan namun penuh pengalaman.
Rumusan aku tentang HIDUP
H - hanya kau yang berhak tentukan jalan hidup kau
I - ia tak semudah seperti kata-kata yang terlafaz dari mulut kecil
D - 'dari mana kita datang, kepada Dia kita kembali' sebuah ciptaan ayat yang kau kena pegang padu
U - untung dikongsi, rugi disyukuri kerna kau masih diberi kesempatan hidup
P - pandanglah sekeliling, buka minda, tundukan nafsu, lapangkan hati In shaa Allah ada jalan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku , Pagi & Duit
Pagi
Kriiiiiiiiiiinnngggg 6 kali bunyi bising jam loceng pecah keheningan pagi sunyi
Mata celik, sel-sel otak bergabung fikir macam mana nak cari duit lagi.PENAT!!
Jawapan banyak tapi malas nak usaha. Berangan mengalahkan Pak Pandir kau ni.
Kata-kata diri mencelah 'bangun lah kau pergi mandi nak pergi kerja dah' aku pun bangun tunaikan tugasan untuk jaga jasad pinjaman ni.
Selesai siapkan diri aku buka pintu, nampak ramai manusia hidup dengan aktiviti masing-masing. TERSEDAR. kau bangun pagi benda pertama kau fikir DUIT???
Harini kau hidup lagi Alhamdulillah pun sunyi dari mulut. Tuhan kau duit ke apa?
ALLAH AMPUNKAN AKU
Aku Islam, Allah tuhan aku, hakikat setiap makluk tapi apakan daya aku cuma manusia.
Buat pahala bukan bermaksud kau malaikat, buat dosa kau masih manusia bukan iblis syaitan.
Pintu taubat terbuka luas.
Aku manusia 25 tahun masih hidup
Kehidupan aku tersimpul mati oleh duit. Susah cari jalan keluar nak jauh dari duit
Peringatan untuk aku
hidup perlukan duit tapi jangan sampai kau jadi hamba duit
yaa duit terlalu penting tapi ketenangan hati jauh lebih penting
cari duit untuk teruskan kehidupan sementara kau mati
cari Allah untuk teruskan kebahagian selama-lamanya
bye ;)